Bergambar dengan buku...
DARI EDMODO.COM
DESIGN OF VISUAL
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual.
Bagi menghasilkan reka cipta visual yang menarik, perkara yang harus ditekankan adalah:
1. Susunan, iaitu mengambil kira setiap elemen yg ingin dimasukkan dalam visual. Idea untuk wujudkan corak asas dan tentukan pandangan penonton.
2. Keseimbangan : memastikan ‘berat’ setiap elemen dalam visual seimbang pada setiap sisi paksi sama ada melintang atau menegak, atau kedua-duanya.
3. Warna : memilih warna yang harmoni dengan merujuk kepada roda warna.
4. Kebolehbacaan: memastikan saiz imej, jenis font, kontras antara gambar dalam visual. Pastikan visual tidak kabur.
5. Appeal: visual haruslah mempunyai gaya, kejutan, tekstur dan interaksi. Boleh juga menggunakan bahan atau objek 3 dimensi , tekstur juga boleh menyampaikan idea subjek yang lebih jelas kepada penonton dengan melibatkan deria sentuhan. Contohnya menggunakan kapas untuk dijadikan awan.
6. Reka bentuk sejagat: menggunakan reka bentuk sejagat dalam menghasilkan visual yang berguna kepada pelajar sesuai dengan usia, keupayaan dan subjek mereka. Ini membolehkan pelajar belajar melaui pelbagai tahap pembelajaran.
Oleh itu, Reka cipta visual yang dihasilkan haruslah mudah difahami oleh pelajar. Selain mesej dapat ditafsir dengan berkesan serta wujudnya interaksi aktif di antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Reka cipta visual juga seharusnya dapat membantu pelajar memberi perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.
Video dalam pendidikan
1) Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?
Video adalah sesuatu media elektronik yang mengandungi ‘gambar bergerak’ bagi menyampaikan mesej. Manakala literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk ‘mengambil’ atau menonton video yang memberi makna serta untuk menghasilkan video.
2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
- Membina mesej
- Format yang unik
- Tafsiran mesej daripada penonton berbeza
- Memberi fokus pada setiap sudut pandangan dan nilai mesej
- Kebanyakan mesej disusun untuk menggalakkan tujuan khusus.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Melalui aplikasi video, pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan memandangkan video sesuai untuk digunakan dalam pelbagai suasana sama ada melibatkan keseluruhan pelajar di dalam kelas, kumpulan kecil mahupun secara individu. Selain itu, penggunaan video dapat membawa pelajar kemana-mana sahaja serta dapat meningkatkan minat mereka dan membuatkan mereka rasa seperti belajar di luar bilik darjah. Melalui video juga, pelajar dapat melihat fenomena keajaiban alam. Seterusnya, pelajar juga dapat belajar sesuatu yang sangat berbahaya secara terus seperti gerhana matahari dengan selamat. Di samping itu, video juga boleh didapati dalam pelbagai topik untuk setiap pembelajaran dalam semua jenis domain pengajaran.
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
a) Dokumentari: Menerangkan tentang fakta,gambaran kisah benar berkenaan situasi yang sebenar dan juga kisah hidup seseorang serta pengalaman yang dilalui. Contohnya national geographic.
b) Dramatization: Memberi peluang kepada pelajar untuk membandingkan perbezaan antara teks dan video. Melalui drama juga pelajar dapat membina peribadi dan sikap yang positif seperti menghargai diri,serta semangat bekerjasama.
c) Video storytelling: Boleh menghiburkan dan memberi maklumat kepada pelajar. Penceritaan juga membolehkan pelajar kreatif dalam penulisan, seni visual mahupun dalam menghasilkan video.
d) Virtual field trips : Membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat dikunjungi seperti, Amazone rainforest. Selain itu, melalui video juga pelajar dapat alami sendiri pelancongan di alam maya seperti berjalan di atas Tembok Besar China.
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
Dalam memilih dan menilai video bagi penggunaan dalam bilik darjah, video tersebut haruslah sejajar dan menyokong pencapaian objektif pengajaran. Selain itu,guru juga harus memastikan video tersebut berkaitan dengan objektif pengajaran dan akan memenuhi keperluan pelajar. Dalam mencari video , guru boleh mengekses pelbagai video pendidikan dari pelbagai sumber. Syarikat persendirian, pertubuhan serta agensi kerajaan telah menaja video untuk pelbagai tujuan. Oleh itu guru haruslah melihat terlebih dahulu barangan yang ditaja kerana kemungkinan terdapatnya barangan yang tidak sesuai untuk pengajaran seperti rokok dan minuman keras. Seterusnya dalam menilai video,penilaian video haruslah sejajar dengan pengajaran guru. Jenis penilaian yang paling baik adalah ringkas dan lengkap bagi membantu guru memilih bahan bagi meningkatkan pembelajaran murid.
Assignment manipulatives.
Dalam mata pelajaran sejarah, antara manipulative yg boleh digunakan adalah bagi menggambarkan tinggalan sejarah yang masih wujud. Contohnya, serpihan arang batu sebagai real object. namun sekiranya real object sukar untuk didapati, guru bolehlah menggantikannya dengan batu yang dicat hitam. Manipulative ini boleh digunakan bagi menerangkan arang batu yang dilombong di Silimpopon dan Labuan yang diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal pada tahun 1947-1911.
Dalam mata pelajaran sejarah Tingkatan 2, Bab 5 menerangkan tentang SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah. Kegiatan perlombongan dilakukan bagi mendapatkan hasil seperti emas, mangan, dan arang batu. Dalam merealitikan pelajar untuk melihat sendiri hasil perlombongan arang batu tersebut, lawatan sambil belajar ke Muzium Chimney di Labuah boleh diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk melihat sendiri hasil perlombongan yang berlaku suatu waktu dahulu. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman web http://www.jmm.gov.my/ms/museum/muzium-chimne...
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas.
Dalam menggunakan video sebagai bahan bantu mengajar, guru haruslah memastikan:
SEBELUM :
- Alatan seperti computer, LCD & Speaker berfungsi dengan baik.
- video yang akan ditayangkan bersesuaian dengan tajuk yang bakal diajar,
- memberi arahan kepada pelajar untuk mengambil perhatian terhadap tayangan video
SEMASA:
- memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk memberi tumpuan terhadap apa yang ditayangkan.
- tidak menayangkan video terlalu lama.
- memantau pelajar.
- Sekiranya tayangan video terlalu panjang, guru harus menghentikan seketika tayangan tersebut dan menyoal palajar tentang tayangan tersebut.
SELEPAS:
- Memberi tugasan kepada pelajar berpandukan tayangan video tersebut.
- Menyoal pelajar tentang apa yang diperkatakan dalam tayangan tersebut.
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Dalam menggunakan video sebagai bahan bantu mengajar, terdapat beberapa kekangan yang mungkin tidak dapat dielakkan antaranya;
• Kekangan alat kelengkapan ICT seperti LCD di dalam setiap kelas sememangnya tidak boleh dinafikan, oleh itu guru terpaksa mencari bilik-bilik khas yang mana perpindahan pelajar ke bilik-bilik khas tersebut akan menyebabkan berlakunya pembaziran masa.
• Dalam memastikan alat yang digunakan itu berfungsi dengan baik adalah diluar kawalan kita. Kekangan seperti masalah speaker yang tidak jelas, apatah lagi dengan adanya gangguan bunyi dari kelas-kelas disebelah menyebabkan guru menghadapi masalah dalam menggunakan video.
• Kemungkinan terjadinya gangguan bekalan elektrik menyebabkan tayangan terpaksa ditangguhkan.
• Pelajar hilang tumpuan sekiranya video yang ditayangkan terlalu panjang dan membosankan.
PENGGUNAAN VIDEO
1. Penggunaan video dan stail pembelajaran
Gaya pembelajaran yang meliputi visual, auditory, read, Kinesthetic (VARK) boleh diaplikasi sepenuhnya melalui penggunaan video. Hal ini kerana, video meliputi semua aspek gaya pembelajaran.
2. Penggunaan video dengan ubiquitous learning
penggunaan video tidak terhad di satu-satu tempat dan masa sahaja. Perhubungan melalui skype atau 3g contohnya mampu menghubungkan manusia di alam maya secara berdepan. Selain itu, penggunaan video sebagaimana yang dilaksanakan dalam edmodo ini mampu membantu pelajar menambah ilmu secara tidak langsung disamping adanya youtube yang banyak memberi tunjuk ajar (tutorial) kepada penonton.
3. Penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Gambaran yang ditayangkan dalam video membolehkan kita untuk berfikir tentang pelbagai kemungkinan disebalik apa yang tiada dalam tayangan tersebut. Hal ini mampu meransang pemikiran kita agar lebih kreatif. Selain itu, perjalanan video yang sepintas lalu membolehkan pemikiran kita lebih tangkas dalam melihat dan mengingati apa yang terdapat dilayar tersebut.
4. Penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar
Pelajar dapat mempelajari banyak perkara melalui tayangan video. Di youtube misalnya, pelajar boleh belajar cara-cara untuk menggunakan sesuatu program dalam komputer. Selain itu, mereka juga dapat mengikuti perkembangan dalam dan luar negara hanya dengan menonton video.
5. Penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
Penggunaan video membantu pelajar berfikir dan mampu meningkatkan kesedaran mereka terhadap isu-isu semasa sementara video yang memberi pengajaran mampu mengubah pemikiran mereka dari melakukan perkara yang sama sebagaimana yang terdapat dalam video yang ditonton.
TEORI MODALITI
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Teori multi modality merupakan proses P&P yang boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara dan kaedah termasuklah melalui penggunaan visual, audio mahupun linguastik dalam memperolehi pengetahuan, memahami konsep serta mendapatkan maksud. Multi modality ini dilaksanakan melalui strategi pengajaran yang boleh diikuti oleh pelajar antaranya melalui cara pelajar menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan sendiri, ataupun pelajar mentafsirkan apa yang dipelajari menggunakan visual mengikut kefahaman mereka. Selain itu, pelajar juga perlu diberi pendedahan dan bimbingan berkaitan laman sosial. Seterusnya pelajar diberi peluang untuk memberi respon sama ada secara lisan mahupun bertulis terhadap pemahaman mereka dalam P&P yang dilaksanakan. Hal ini juga secara tidak langsung membantu guru dalam membuat refleksi.
PERNIAGAAN JALAN UMS
Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Kami akan menjalankan perniagaan berasaskn makanan dgn membuka restoran selera pantai timur memandangkan ramai warga pantai timur yg tinggal di sini..kami akan memastikan harga dan rasa menepati permintaan pelanggan- with Norhafiza,Sheerila n T.Suhaila
SAMBUNGAN PERNIAGAAN JLN UMS.
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan tersebut 100% untung, saya perlu memastikan lokasi, ketersampaiannya serta sambutan yang bakal diterima.Oleh itu, sy akan melakukan soal selidik terlebih dahulu terhadap pemilihan lokasi, jenis makanan yang bakal mendapat sambutan serta memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Semasa perniagaan pula, sy akan memastikan mereka mendapat layanan yang memuaskan disamping rasa yg mampu menarik selera pelanggan untuk terus berkunjung ke restoran saya. Setelah perniagaan saya mendapat tempat dihati pelanggan, sy akan membuka cawangan yg lain.
POWER POINT :
Sumbangan tamadun Mesir Purba
TUGASAN INFOGRAFIK
TUGASAN EXCEL
NORMAZIAH BINTI ABDUL RASHID (PT122194CT)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan