Sabtu, 6 Oktober 2012

New***
Kemunculan Tamadun



Ciri Ciri Tamadun


1. AGAMA DAN KEPERCAYAAN :
  a) Proses tamadun bermula apabila manusia cuba menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Mereka percaya bahawa alam sekeliling mempunyai semangat dan perlu dihormati untuk kehidupaan yang aman.
  b) Animisme : Percaya terhadap kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling . Kepercayaan ini akhirnya bertukar menjadi agama.
  c) Agama ini dikenali sebagai Politeisme bermaksud penyembahan terhadap lebih daripada satu Tuhan.
2. PENGKHUSUSAN PEKERJAAN :
  a) Pembentukan organisasi sosial dan politik hasil perkembangan teknologi ( memerlukan kepakaran dalam pengeluaran barang)
  b) Kesannya wujud pengkhususan pekerjaan mengikut susun lapis masyarakat.
  c) Kemudian berlakulah sistem barter antara masyarakat dan bermulalh aktiviti perdagangdan antara masyarakat serantau.
  
3. BAHASA DAN SISTEM TULISAN :
  a) Mencerminkan tahap perkembangan ilmu dalam sesebuah tamadun.
  b) Penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan dalam masyarakat setempat dan luar.
  c) Ia adalah instrumen penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.
  d) Contoh : Bahasa tertua Yunani dan Sanskrit manakala sistem tulisan pula ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.
4.SISTEM PEMERINTAHAN :
  a) Diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran. Raja menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya wakil Tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pemerintah.
  b) Lahirnya sistem perundangan untuk menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
5. PETEMPATAN KEKAL :
  a) Menetap di suatu tempat menjadikan kehidupan masyarakat lebih sistematik.
  b) Memastikan kelangsungan bekalan makanan.
  c) Kemajuan dalam pertanian ( makanan serta penternakan binatang).
  d) Penciptaan alat baru ( cangkul ) dan penggunaan teknologi ( sistem pengairan yang baik ).
6. KEHIDUPAN BERORGANISASI :
  a) Kesan peningkatan jumlah penduduk dapat memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.
  b) Peningkatan dalam pengeluaran menghasilkan lebihan pengeluaran yang dapat menampung pertambahan jumlah penduduk kerana adanya bekalan makanan yang berterusan.
  c) Bemula daripada sistem keluarga kepada sistem sosial disebabkan bilangan penduduk yang semakin bertambah.
  d) Sistem sosial berbentuk piramid :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan