SOALAN


SOALAN ESEI
___________________________________


Cubalah menjawab soalan – soalan yang diberikan. Jawapan perlu berbentuk STRUKTUR & ESEI.


Bab 1 : Tamadun Awal Manusia 
1. Apakah maksud tamadun dan jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Islam.

2. Huraikan ciri-ciri tamadun awal manusia.

3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?

4. Huraikan ciri-ciri tamadun Mesir Purba.

5. Pemerintahan dan agama merupakan dua aspek kehidupan firaun yang tidak dapat dipisahkan dalam Tamadun Mesir. Jelaskan peranan firaun dalam kedua-dua aspek kehidupan tersebut.

6. Perihalkan kepentingan ahli perubatan Mesir Purba dan kedudukan mereka dalam masyarakat Mesir.

7. Nyatakan pembinaan bandar terancang dalam tamadun Indus.

8. Apakah pencapaian tamadun Indus dalam bidang seni bina?

9. Apakah ciri-ciri utama Tamadun Hwang Ho?

10. Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun tersebut.

11. Halkan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada masyarakat hari ini.



Bab 2 : Peningkatan Tamadun

1. Terangkan ciri-ciri pemerintahan negara kota yang terdapat dalam Tamadun Yunani.

2. Huraikan ciri-ciri pemerintahan yang diamalkan di Rom.

3. Dari segi pentadbiran bandar, apakah peranan majlis perbandaran dalam Tamadun Rom?

4. Terangkan tentang kemunculan Empayar Maurya.

5. Huraikan tentang zaman kegemilangan Dinasti Maurya.

6. Jelaskan faktor-faktor yang membawakan kepada keruntuhan Empayar Maurya.

7. Apakah sumbangan Dinasti Chin dan Dinasti Han dalam bidang pendidikan dan falsafah?

8. huraikan bentuk seni bina dalam Tamadun China.

9. Jelaskan teknologi membuat kertas dalam Tamadun China.








SOALAN  DAN SKEMA JAWAPAN

BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA
1 a) Huraikan sumbangan sistem Tulisan Mesopotamia (5m)
Jurutulis - Melahirkan jurutulis
Pendidikan - Sistem pendidikan diperkenalkan
Rekod - Merekod / urusan pentadbiran
Perdagangan - Urusan jual beli ditulis
Sastera - Melahirkan sastera epik Gilgamash dan falsafah
b) Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir (5m)
Polistisme - Percaya kepada konsep politisme
Tuhan - Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Amun (Tuhan
Angin)Re(Tuhan Matahari) Ra-Tam(Tuhan Langit)
Kehidupan - Percaya ada kehidupan selepas mati
Bakal - Mayat dibekal dengan kelengkapan harian untuk diguna
selepas mati
c) Sumbangan Tamadun Mesir dalam Sains dan matematik (10m)
Senibina - Pembinaan piramid dan spinx
Teknik - Imhotep membina bangunan dengan teknik batu bata
Kertas - Mencipta kertas daripada pokok papyung
Tulisan - Merekod tinggalan tamadun dalam hieroglif
Mumia - Proses mengawet mayat/mumia
Perubatan - Kemajuan ilmu pembedahan dan perubatan berstatus
tinggi
Ilmu - Ilmu matematik, geometri, algebra,astronomi
Pengairan - Cipta sistem pengairan yang tukar padang pasir jadi
kawasan pertanian dengan terusan
Kalendar - Sistem kalendar 365 hari dengan 12 bulan dalam
setahun
Kawalan - Kawalan air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir
2 a) Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. (14m)
Seni bina sumbangan seni bina piramid daripada ilham imhotep, iaitu sainstis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
Teknik Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan
menggunakan batu bata.Kertas Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nill.
Simpan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah
bangsa.
Tulisan tinggalan tamadun mesir purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
Perubatan Kemajuan dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
firaun dan masyarakat.
Mumia Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
Ilmu Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
hingga ke hari ini.
Matematik Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi
telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nill yang berlaku sekali
dalam setahun.
Pengairan Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Tebus guna Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.
Kalendar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan
orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
Tinggal Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu
manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
Nadi Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air Sungai Nill
yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
b) Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan Kerajaan Mesir Purba. (6m)
Kanak-kanak Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari
umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
Ibadat Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan.
Lahir Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan
terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
Sains Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai nill serta pembinaan bangunan
dan piramid.
3 a) Jelaskan proses pembentukan negara kota Tamadun Hwang Ho. (4m)
Anyang Petempatan awal berdasarkan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar
dan Anyang menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
Pusat Di Bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
Tinggal Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan
bandar.
Tembok Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan
dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
b) Huraikan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho. (6m)
Raja Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
Petani Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di
luar negara kota ini.
Artisan Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi
menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera
serta peralatan untuk upacara keagamaan.
Tentera Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa
menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
Hamba Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan